top of page

Tentang Persidangan

Anjuran bersama:
 Universitas Ekasakti Padang, Indonesia & Universiti Kebangsaan Malaysia
​
Tempat:
Auditorium Universitas Ekasakti - AAl, Padang Indonesia
​
Tarikh:
10 - 11 APRIL 2017 (Isnin dan Selasa)

 

Pengenalan
Bidang pendidikan bergerak selari dengan teknologi dalam era globalisasi.  Kemajuan dan transformasi dalam bidang pendidikan sentiasa dititikberatkan mengikut tuntutan peredaran masa. Perkongsian pintar melalui inovasi teknologi moden merentasi sempadan mampu memberi impak yang besar dalam aspek perkembangan dan percambahan idea dalam memajukan bidang pendidikan agar dapat merentasi zaman

 

Tujuan
Seminar ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu dan strategi ke arah merealisasi pendidikan berkualiti tanpa sempadan sebagai agenda penting dalam era teknologi selari dengan persekitaran globalisasi

 

Misi
Ke arah pembangunan pendidikan dan perkongsian pintar merentasi sempadan lokal dan antarabangsa

 

Objektif
1) Membincangkan hal dituju yang berkaitan dengan pendidikan dan kualifikasi negara kearah ekonomi global.
2) Membincangkan isu-isu berkaitan amalan terbaik dalam pendidikan dan kualifikasi negara
3) Membina jaringan antara bangsa dalam kalangan pendidik, penyelidik dan pengurus pendidikan untuk perkongsian usaha kearah mengetengahkan kerjasama dalam bidang pendidikan
bottom of page